Monday, September 13, 2010

Mat Melaka

Alkisah di timur negeri Johor... penghujung jalan sebelum memasuki negeri Pahang terbentuklah sebuah pekan yang dinamakan pekan ENDAU... dipisahkan oleh sebuah sungai yang agak panjang dan selebar lebihkurang 500 meter..... dan dinamakan Sungai Endau.
Pekan Endau ini..... entah dari mana asal namanya...tak dapat lah nak diselidik....nak ditanya tak tau kat sapa.... Agaknya mungkin kerana disebabkan ianya terletak di penghujung negeri Johor maka timbul perkataan END dan seterusnya disambung menjadi ENDAU... mungkin oleh pihak British......atau mungkin juga oleh Pak Malau ........

kajang Pak Malau kajang berlipat,
kajang hamba sengkuang layu,
dagang Pak Malau dagang bertempat,
dagang hamba musafir lalu.


Pekan Endau ini terletak dibawah pentadbiran daerah Mersing yang jauhnya lebihkurang 36KM..... terdiri dari beberapa buah kampung.... Tetapi ini bukan lah catatan mengenai pekan ENDAU tu.. tetapi adalah mengenai salah sebuah keluarga yang menghuni pekan Endau.... keluarga MAT MELAKA. Nama MAT MELAKA... adalah satu nama yang agak tersohor dipekan Endau di suatu masa dahulu..... sebut saja nama beliau.... mau terkejut ikan kat laut...... tapi itu dulu punya era ..... era 60an - 70an ...... Generasi sekarang mungkin tidak mengenali beliau kerana Allahyarham telah pun meninggal dunia pada tahun 1984 dahulu.
Tanyalah kepada orang seangkatan dengannya (yang masih hidup le....) Siapa itu Mat Melaka?... pasti berjela-jela cerita mengenai beliau....